Saya memilih nama artikel sebab mudah dibaca boleh di letakkan dimana-mana.
Jika anda inginkan rakan anda atau anak anda membacanya. Mudah sahaja anda untuk berkongsi sesama mereka.
Ini adalah blog post pertama dalam artikelmotivasi.com
Saya meminati bidang motivasi sebab saya ingin berkongsi motivasi yang ada pada diri saya dengan rakan-rakan dan anak-anak sekalian. Tidak kira berapa jauh saya boleh pergi. Namun semangat saya tetap ada.
Saya ada menulis buku yang boleh dikongsi bersama anda. Maka saya akan berikan cara muat turun di laman web saya. Mudah sahaja yang mana saya rasakan hendak menjadikan satu buku saya buat lebih berkualiti dan membukukannya jadi anda tidak khuatir jika boleh muat turun senang tetapi isi yang saya jual berbeza.
Saya tidak menjual kerana keuntungan kerana saya tidak perlu keuntungan dari buku motivasi saya ini. Sebab saya bukan ingin mengambil keuntungan tetapi bersama berkongsi perjalanan saya yang masih jauh dan dalam perancangan.
Motivasi bukan sekadar untuk seseorang ianya amat meluas. Semua orang boleh meningkatkan motivasi dirinya seperti saya sekarang pada pukul 1 pagi saya masih menulis.
Apakah yang membuatkan motivasi diri saya begitu baik sekali?
Ini adalah kebiasaan saya dan saya suka menulis diwaktu pagi sebab ianya sunyi dan idea amat banyak.
Golongan seperti pekerja memberi kesan pada kerjanya. Pelajar pada apa yang mereka belajar. Saintis pada penemuannya dan Doktor pada rawatannya.
Perjalanan yang dituju amat jauh. Jika dalam Al-Quran Allah SWT menyebut bahawa manusia membuat perjalanan dari setitis air mani ke liang lahad dan akhirat. Maka amat jauh cuma ia akan sampai pada waktunya.
Apa yang membuatkan anda sampai ditempat yang dituju?
Jika anda menaiki kereta anda sampai ke tempat yang anda ingin pergi. Sama juga kapal terbang yang membawa anda sampai ke tempat yang anda inginkan.
Walhal anda tidak pernah fikir di mana anda ingin sampai adakalanya anda akan sampai. Sama seperti mereka yang berjaya tanpa fikir mereka ingin berjaya. Akhirnya mereka kecapi kejayaan tanpa merasa seperti mereka yang sudah merancang kejayaan dari awal lagi.
Semasa saya ingin memulakan web artikelmotivasi.com saya terfikir adakah saya sanggup untuk habiskan sampai kejayaan atau tidak?
Saya mulakan langkah pertama dalam membuatnya sehingga anda boleh membaca segala apa yang saya tulis.
Steve Job tidak akan sampai pada saat ini jika beliau tidak bermotivasi.
Kejayaan syarikat Apple beliau:
“Apabila saya berumur 17 tahun, selepas 33 tahun berlalu saya melihat cermin setiap pagi dan berkata “Jika hari ini adalah hari terakhir hidup saya, adakah saya akan memulakan apa yang saya buat hari ini? Jawapannya sudah tentu tidak. Saya perlu mengubah sesuatu.”
Mulakan langkah awal anda secepat dan membuatnya secara konsisten. Jangan pandang belakang lagi. Pasti anda berjaya suatu hari nanti.
Sekian dari saya




